Tuesday 28 February 2012

Hepi Besday Sis!!

Salam... (^^,)


Actually xde pape pon yg sye nk tulis..just  nk nk share ngan korg sume....huuhu..esok besday kakak sye..hihihi...29 Feb..erm,sian die,4 taun skali bru ade date tu..of course la die excited sgt celebrate kan..hihih


anyway..im wishing her a Hepi Besday, smoge Allah SWT sentiase merahmati hdupmu, smoge panjang umur dlm keberkatan, dimurahkan rezeki,,n dipermudahkan segale urusan.Aminn..


Sye plan nk bake cake utk die...hihih...nk wt kek ape yek...


Hmmm....to be continue... :)




~Sara~

Friday 17 February 2012

Bukan Susah Pon...

Assalamualaikum..

Lame dh x membebel...kali ni sye nk cite psl memenuhi permintaan org tue kite & hukumnye,,,setiap anak wajib mentaati ibu bapanye selagi xbertentangan ngan hukum allah..

Sye pon cm korg jugak...bile dh besar pjg, dh kje...masing2 ade life sndiri kan...even korg still tggl serumah ngan parent korg..sometime korg xtau pon yg die ngah sedih...sbb name je serumah...tp xpenah nye nk berborak2..tanye kabar..

Even sye sndiri..sometime terlepas pandang..blik umah,dh mlm..duduk kt sofa jap borak2 ngan mummy, then msuk bilik..sometime xtrun2 dh..sbb dh terbongkang..penah x korg terfikir, mak ayah org kekadang beriye2 tggu korg balik sbb nk bercerite ape yg jdik kt diorg, kt dlm umah, sepanjang korg g kje tu..

Sedih, ade one time tu mummy demam, sye tau die demam, kt opis sye keep call n tanye,'mummy ok x..', die keep jwb die ok,cume xlarat je..bile blik umah..(of course la mse tu dh xde matahari kn), bru die bgtau, die pitam siang tu, die jatuh kt bilik air..Masya Allah..syukur xpape..tp yg regretnye..even kakak sye yg ade kt bilik seblah pon xtau yg die jatuh..bayangkanla, klu mse die jatuh, then severe injured..huhuhuhu..trase bersalah sgt...indirectly sye dh ignore my responsibility to my mom..huhu..:(

Recently, mummy ajak g Cameron, mse tu die xbgtau sye pon..huhu,,mse tu sye bru je blik dr Kinabalu, climbing,,,kaki xok lg..tp mummy xcited sgt nk g..die kol sume adik beradik sye..then bgtau nk g sesame..bile sye blik kje,smpi umah..tgk die dh siap2 msk rendang, ketupat segera..plan nk bwk skali,,at least die tanak kitorg spend too much,,sbb ramai yg g,huhu,,nk jimat katenye,,ya Allah...terharu sgt sbb die beriye2,even kt dlm ati sye ni,,malasnye nk g..dhla kaki skit..huhu...tp mengenangkan mummy, kesian die,,bile lg nk bwk die kuar..yelah..die bukannye leh drive,klu kitorg xbwk..spe lg..dhla die terperap kt umah ari2..then sye n adik beradik pon proceed g Cameron..mummy hepi sgt, die bukannye nk kitorg beli itu ini..tp ckupla bekumpul adik beradik..see..bukannye susah nk bg parent korg hepi..tp tu la bnde kecik yg slalu kite abaikan..kan?

Artikel kt bwh ni, sye amik dr www.loveloveislam.com, mengenai 10 cara cemane nk berbakti ngan ibu bapa:


1.Memberi nafkah
 
Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.


2.Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.


3.Memberi kasih sayang.
 
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud:"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil"(Surah al-Isra, ayat 24).



4. Memberi perhatian 
 
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.


5. Memenuhi permintaan
 
Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.


6. Melakukan apa yang disukai 
 
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa" (Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati"


7.Bercakap dengan lemah lembut 
 
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut" (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan 
 
Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9. Meluangkan masa bersama-sama 
 
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa 
 
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya" (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


So, gunakan kesempatan yang ada utk korg berbakti kt parent korg selagi diorg ade..duit, bile2 korg leh carik...mak ngan ayah...xde gantinye..

Sekian..

~Sara~

Thursday 9 February 2012

Fakta Haiwan

Fakta Haiwan

Tahukah Anda... (^*,)

Kucing boleh menjadi pemburu maut dan sangat suka menyelinap, apabila ia berjalan tapak kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya, ini akan mengurangkan bunyi ke tahap minimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.





Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia mampu lakukan.Anjing mempunyai deria pendengaran yang lebih tinggi daripada manusia, mampu mendengar bunyian pada jarak empat kali ganda.



 Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai gene yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau.




Sesetengah jerung sentiasa bergerak seluruh hidupnya. Ini memaksa air ke dalam insangnya, menghantar oksigen ke aliran darah. Jika jerung berhenti bergerak, ia akan lemas dan mati.Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya!


Ikan Paus Pembunuh (juga dikenali sebagai Orca) adalah sebenarnya sejenis ikan lumba-lumba

Friday 3 February 2012

Kuih Lapis Grand Margherita

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to All Readers.. ^^

Hurm...sye nk share resepi..yg sye amik dr Majalah Saji ( Edisi Jun 2010...erk..lamenye!) ngan korg sume..wt kuih lapis ni simple jer..tp tahan lame n sedap sbb xmuak.. :) Resepi ni asalnye dr sorg Chef (yg xdiketahui namenye) from Hotel Grand Margherita, yg terletak kt Jln Tunku Abdur Rahman,Kuching, Sarawak..so nnt klu korg jln2 kt sne, leh la try stay kt hotel tu..

Disebabkan sye dh penah try byk kali wt kuih ni, plus 1 time pandai2 nk tukar methodology dr kuih kukus kpd kuih bakar..so ngan yakinnyer,,sye nk share la ngan  korg sume..

Owh..lupe nk pesan..sile ikut instruction dgn betul yerk..jgn pandai2 tuka!! sian kt founder resepi nih..dh jdik xgenuine..okeh..below is the recipe:

^KuiH LaPiS GrANd MaRghEriTa^





Bahan2:
9 biji telur
300g margerine / butter
140g gula castor
120g tepung gandum
100g horlicks
220ml susu krimer pekat


Cara2 Nak Wat:

1. Asingkan putih telur ngan kuning telur..pastu pukul putih telur smpi kembang, then ketepikan..
2. Dlm bekas yg berbeza, pukul margerine ngan gule smpi kembang juge..then masukkan kuning telur stu persatu..pukul adunan smpi kembang n sebati
3. Masukkan tepung gandum n horlick perlahan2..then pukul sebati
4. Jgn lupe msukkan susu plak ye pstu..
5. Masukkan putih telur yg korg dh pukul awl2 td..n pukul lg smpi sebati ngan kelajuan rendah.
6. Bahagikan adunan kpd 3 bhgn : hijau, coklat n kuning..korg leh la x koko/milo sikit kt adunan coklat tu..
7. Letakkan adunan kuning dlm loyang pstu kukus dlm 30 minit, pstu letakkan adunan coklat tu pulak,,kukus lg 30 minit. Seterusnye, letak adunan hijau, kukus lg 30 minit,,
8. Last skali,kukus lg 30 minit - 1 jam.
 ^^ Kuih lapis ni leh thn smpi sebulan klu korg simpan ngan elok..Selamat mencube!! :)