Sunday, 7 October 2012

Puding Marble

Salam Sejahtera.. :)

Petang2 camni, sambil hirup nescaffe 3 in 1, ngan mkn keropok..hmm..mmg layan la..(^^,). Actually sye plan nk stelkan invoices yg sye bwk balik..knon2 nk setelkan kt umah..mklumle kt opis mmg xckup mase ngan aircraft operations tu..haih~~~

Since 15 minit lps sye try acces invoice system thru my red icon,tp cam hampeh.hadoi,,,keep loading je ni,,dh separuh dh keropok sye mkn ni (0o") so dikesempatan ni sye nk share resepi puding marble sye ni ngan korg sume..

Puding ni sye buat last week,tp xsmpt nk upload gamba,,hihi..mklumle,bz katenye..mak sye plan nk wt jamuan ringan sikit, so sye wat la puding ni..cara nk wat die simple je,,tp sedap..so xrugi klu korg try,,below is the details klu korg nk wat:

Puding Marble

Source - http://citarasawan.blogspot.com

Bahan-bahan:

25gm serbuk agar-agar
1400 ml air
450gm gula pasir
100gm butter
8bj telur (sye gune 5bj je)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu besar air panas yg dikacau rata / emulco
2 sudu kecil esen vanilla
pewarna coklat & kuning
daun pandan

loyang 9" - dibasahkan terlebih dahulu (sye letak minyak sikit kt loyang)

Cara-cara:

1. Masak agar-agar bersama air, gula dan daun pandan sampai mendidih. Then tutup api n kluarkan daun pandan td.

2. Satukan susu cair dgn tepung kastad, kacau sehingga tak bergentel then masukkan dlm blender. Masukkan telur & kisar sekejap. Pastu tapis.

3. Masukkan campuran tepung kastad td dlm agar-agar yg dimasak td, then masak sekejap atas api, kacau sehingga rata. Tutup api & masukkan mentega, kacau sampi larut. Angkat then bahagikan kepada due bahagian.

4. Bahagian pertama, masukkan pewarna kuning (nk pekat mane ikut suke korg). Then bahagian kedua, masukkan pes koko td, kacau rata smpi sume kale coklat tu sebati.

5. Ambil satu senduk warna kuning, tuang ke dalam loyang, diikuti dgn satu senduktd warna coklat, tuangkan ke atas warna kuning td. Ulang melapis berselang-seli hingga habis.

6. Apabila menuang adunan, pastikan tuangan rendah, hampir kepada lapisan sebelumnya. Sebab, bila adunan semakin menebal di dlm loyang, coraknya akan bercampur.

So ni lah die hasilnye...semase menunggu puding sejuk..


Pandangan atas..
Pandangan sisi..dr sudit 35 darjah..haha
Ni lps di potong..erm...




Note : Makesure puding benar2 sejuk sebelum dipotong. 

Selamat mencube!!!


Regards,

Sara


Thursday, 27 September 2012

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Salam...

Sekali lg sye nk share resepi yg sye try dr blog Kak Wan...sume kek2 nmpk sedap n cantik..so sye pon slalu gakla print resepi die n ltk dlm file..hiihi..bile dh free tggl try wt jek..(^^,)

Kek kukus ni antara kek kebanggaan sye la gak..huhu..sedap menjadik..mklumle...tiru resepi org.. (00") apekate korg try gk..

Resepi Asal : http://citarasawan.blogspot.com/

Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Bahan A

525ml  putih telur 400gm gula pasir 1 sudu besar ovalette 1 sudu teh garam 1 sudu teh baking powder

Bahan B
250gm tepung gandum 50gm santan serbuk

Bahan C
100ml santan pekat (KARA) 1 sudu teh esen vanila / coffee 90gm mentega cair 2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D
1 sudu besar coklat emulco 1/2 sudu besar mocca emulco
Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)

Cara-cara :


1.  Bahan A :  Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih.  Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.


2.  Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.  Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.


3.  Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.


4.  Panaskan pengukus dahulu.  Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.  Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.
*** Sentiasa lap tutup pengukus untuk mengelak air menitis. 


Note:
*** Putar adunan putih telur dalam mangkuk pengadun yang besar.

Hihi..best x..

Snap gamba before makan (^^,)


cmtu la die rupenye...tp of course la kek sye agk x cantik nk di compare kan ngan kek asal kan..

Selamat mencube!!!

P/S : Thanks kak Wan..  :)
Sara

Wednesday, 18 July 2012

Ramadhan Oh Ramadhan..

Source : http://muscom.iluvislam.com



Bulan Ramadhan adalah bulan yang agung kerana mempunyai beberapa keistimewaan di antaranya :

1) Orang-orang yang berpuasa di bulan Ramadhan itu secara iman, dan dengan perasaan kerana perintah Allah semata-mata maka diampuni Allah SWT dosanya yang telah lalu sebagai mana hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW berkata ia : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan keimanan dan dengan perhitungan (dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang terdahulu”.
 
2) Pada bulan Ramadhan itulah mula-mula turunnya al-Quran sebagai mana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud :
“Adapun bulan Ramadhan itu padanya diturunkan al-Quran, akan jadi petunjuk bagi manusia dan jadi kenyataan dari petunjuk serta membezakan antara yang hak dan yang batil ”

3) Dalam bulan Ramadhan itu terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, bahkan syaitan dan iblis dibelenggu ketika itu. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
“Dari Abu hurairah r.a bahawasnya Rasulullah SAW berkata: “Bila telah datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, dan terkuncilah pintu-pintu neraka, dan terbelenggulah syaitan-syaitan”.

4) Puasa bulan Ramadhan itu diistimewakan oleh Allah SWT, untuk Allah sendiri dan Dia sendiri pula yang akan menentukan ganjaran. Sebagai mana hadis SAW yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud:
“Dari Abu Hurairah r.a berkata ia: Telah bersabda Rasulullah SAW : “Tiap-tiap amalan anak Adam dipergandakan pahalanya antara sepuluh sampai 700 kali, telah berfirman Allah ‘Azza Wajalla, kecuali puasa, kerana seseungguhnya puasa itu untukku dan Akulah yang akan membalasnya, ditinggalkannya keinginan hawa nafsunya dan makanannya kerana Aku semata-mata”.

5) Di dalam bulan ramadhan berlaku Lailatul Qadar yang mempunyai kelebihan pahala amalan kebajikan mendapat ganjaran seperti beribadah seribu bulanAntara kelebihan yang utama ialah ia mengandakan pahala ibadah. Diawal bulan ramadhan adalah kerahmatan, dipertengahanya keampunan dan diakhirnya dijanjikan terlepas dari api neraka. Sebagai mana berfirman Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-5 yang bermaksud :
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”

6) Orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan disediakan tempatnya di syurga suatu tempat yang istimewanya, pintunya bernama “Rayyan”, sebagai mana hadis SAW yang bermaksud:
“Dari Sahal bin Said r.a : “Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang dinamakan orang ar-rayyan yang akan memasukkannya pada hari kiamat orang-orang yang puasa dan tidak seorang juga akan memasukinya selain mereka”.

Selamat Berpuasa utk sume kaum muslimin & muslimat...

 
Wallahua'lam...

Sara