Monday, 28 May 2012

7 keajaiban selepas anda menangis

Source : http://www.pelikbinajaib.com/ajaib/7-keajaiban-selepas-anda-menangis 


7 keajaiban selepas anda menangis. Ramai orang tahu selepas menangis memang akan rasa lega. Yelah, menangis itukan salah satu cara meluahkan perasaan yang terpendam. Menangis pun ada beberapa kategori yang tersendiri, antaranya; menangis kerana sedih, menangis kerana gembira, menangis kerana lakokan, dan sebagainya. Pokoknya, nangis keluar air mata. Aiwah!

Namun tahukan anda terdapat 7 keajaiban selepas anda menangis. Apa yang ingin Admin kongsikan di pagi Jummat yang mulia ini adalah berdasarkan kajian pakar. Di bawah Admin senaraikan yang boleh anda perolehi setelah menangis dan berair mata.


1. Membantu Penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh Bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan Mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi kerana dengan menangis, mood seseorang akan menaik kembali. Air mata yang dihasilkan dari jenis menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh berbanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan Racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar daripada hasil menangis kerana emosional ternyata mengandungi racun. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun daripada dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan Stress
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun Komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu seseorang membina sebuah komuniti. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan Perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega dan tenang.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, oleh sebab itu menangis dapat membuatkan seseorang berasa lebih baik, selesa dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiran Anda semasa menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis sepuas-puasnya!

Pesan Admin: Tak salah nak menangis, tapi kenalah pada tempatnya, ini tetiba menangis takde sebab nanti orang pandang semacam pula. Satu lagi, tak perlu menggunakan tangisan air mata untuk mendapat simpati orang lain. Menangis atau tangisi atas kesalahan dan dosa di atas tikar sejadah antara kita dan Allah itu lebih baik. Wallahua’lam.

Sara

Sunday, 15 April 2012

~Muffin Chocolate Chip~

~Muffin Chocolate Chip~


Salam, 


Dah lme dh tringin nk wt muffin..huhu..arini sye gagahkan diri sye try stu resepi yg sye dpt dr one of my faveret recipe book. So sye nk share recipe ngan korg sume..


Haha..ni tin muffin baru sye,,tanda harge pon xbuang lg..:P


Resipi Asal : Muffin Coklat Pekat by Hjh Noraini
Buku : Kompilasi Hidangan Kek
Blog : http://resipinoraini.blogspot.com


~Muffin Chocolate Chip~


Diayak bersama :
310gm tepung kek
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat


200gm coklat masakan-dicincang
150gm mentega - dipotong dadu
140gm gula perang
120gm susu segar
3biji telur gred A
Sedikit hirisan coklat sebagai inti dlm muffin


Cara-cara Membuatnye:
- Satukan coklat masakan & mentega dlm periuk kecil. Panaskan ats api perlahan hingga cair
- Masukkan gule perang & gaul hingga gula larut. Angkat & sejukkan selama 20minit
- Telur dipukul hingga berbuih dgn pemukul telur atau garfu
- Masukkan bahan yg telah diayak td dlm mangkuk adunan. Tuangkan adunan coklat yg dh disejukkan td n diikuti dgn susu & telur.
- Gaul dgn pemukul telur hingga tepung basah dan adunan masih berketul
- Sediakan cawan kertas muffin dan susun dlm tin pembakar yg bersesuaian. Tuangkan adunan separuh penuh dan masukkan coklat yg telah dihiris td. Tambah adunan hampir penuh dlm setiap cawan
- Bakar selama lebih kurang 25minit pd suhu 180 darjah celcius


Selamat mencube...!!


Sekian 


~Sara~









Friday, 6 April 2012

Ayah...Perkara Yg Kite Xpenah Fikir..

Assalamualaikum n Salam Sejahtera,

Renungan ni, sye copy dr www.loveloveislam.com tentang ape yg kite tau mengenai ayah,,huhu..sekadar renungan.. :) sometime kite xsedar, ayah kite byk pengorbanannye,,di sebalik sikapnye yg garang, kdg2 kite fikir die too kedekut, sgt kolot..tp penah x kite fikir..nape ayah kite cmtu....

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

 

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.


Same2la kite berbakti pd parent kite, sme cam mak, ayah perlukan kasih syg korg, nk habiskan sise2 hidup die..selagi diorg ade..hargailah mase yg korg ade..

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

  "Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
 
Sekian,

~Sara~