Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama
penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur
Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad
s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat
Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di
mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk
bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang
Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di
tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al
Haram yang mana terdapatnya Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana
berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan
panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina
semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina
semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan
oleh Nabi Adam as. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah
rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu,
Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya
pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian
dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi
Rasul. Maka berlakulah beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula
Kaabah selepas itu.
Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan graviti
yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk
bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan
di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan
frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus
asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah teknologi
satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah.
Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat yang paling
tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak
sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di
Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih
terasa sejuk.
10. Kaabah bukan
sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur dengan
posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
12. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran darah
atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan
mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di
dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab
itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang
umur.
14. Manakala bilangan
tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh
itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan
tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad
jumlahnya.
15. Larangan memakai
topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki)
adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji
kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang
buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang
baru.
16. Selepas selesai
semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan
diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya
adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala
kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh
tubuh.
Sekian,
Sara
No comments:
Post a Comment