Friday 22 March 2013

Kembalinya Seorang Ibu..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Dah lame sye x menulis..Baru2 ni sye dikejutkan dgn berita2 yg sgt sedih..beberapa org hamba Allah telah kembali kepangkuan-Nya..Seorg darinye sgt2 sye kenali..beliau sakit utk beberape bulan lps dan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tengahari, Rabu, 20 Mar 2013.

Siti Fatimah binti Kasim, seorg ibu yg telah kembali ke-Rahmatullah, dan pemergiannya sgt2 terkesan di hati sye, byk kenangan yg dh kami lalui bersame sblm ini..seorg wanita yg sye anggap seperti ibu sye sndiri telah kembali kpd-Nya..dan sye xmmpu utk turut serta pd hari pengurusan jenazah...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya & tergolong dlm golongan org2 yg beriman...

Kepada keluarga arwah, sye harapkan mereka kuat dlm mengharungi ujian Allah tanpa ibu yg sgt2 mereka cintai..

Sekian..

Untu renungan kite bersama:

Source : http://www.loveloveislam.com/search/label/Alam%20Barzakh

Dalam suatu riwayat di sebutkan: Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:

“Wahai anak Adam! ““Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?”“Apakah kamu mengumpulkan dunia ataukah dunia mengumpulkan kamu?”“Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu?”


Sewaktu mayat di pikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan:


Wahai anak Adam!“Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat.”“Sangat berbahagialah kamu jika amalanmu baik.”“Sangat berbahagialah kamu jika sahabat-sahabatmu dalam keredhaan Allah.”


Sewaktu mayat di letakkan untuk di sholatkan maka ia di panggil tiga kali teriakan:


Wahai anak Adam!“Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!”“Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!”“Jika amal perbuatan kamu jelek, kamupun akan melihat jelek!”


Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur Ia memanggil lagi dalam tiga teriakan


Wahai anak Adam!“Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?”“Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakhiran ini?”“Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?”


Dan jika mayat di letak di liang lahat maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali 


Wahai anak Adam!“Kamu diatas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perut ku menjadi menangis.”“Kamu berada di atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.”“Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam.”

Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:


“Wahai hamba Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia sudah pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal kamu telah berbuat maksiat kepadaKu kerana para manusia, kerana isteri dan kerana anak. Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan aku lebih kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya.”
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.


SubhanaAllah……

Sekian.. Wassalam.

Sara Nordin